Sekiranya
perempuan yang baharu berhaid itu tidak dapat membezakan sifat darah seperti
dilihatnya darah itu diatas satu warna jua, atau diatas beberapa warna tetapi
tidak ada satu syarat daripada syarat-syarat yang telah tersebut itu, maka
haidnya jika diketahuinya waktu permulaan datang darahnya adalah sehari
semalam jua, dan sucinya
adalah yang kemudian daripadanya hingga akhir bulan, kerana gugur sembahyang
daripadanya didalam masa sehari semalam itu diyakinkan dan gugurnya didalam
masa yang selain daripada itu tiada diyakinkan. Maka tiada ditinggalkan yang
yakin melainkan dengan yang yakin seumpamanya atau dengan tanda yang nyata
seperti pembezaan sifat
darah
atau adat.
Walau bagaimanapun pada daur yang pertama, hendaklah dia sabar, jangan
mandi hingga lampau darahnya lima belas hari. Kemudian pada ketika itu wajib
dia mandi dan mengkadha ibadatnya yang ditinggalkan didalam masa yang lebih
daripada sehari semalam itu. Pada daur yang kedua wajib dia mandi apabila lalu
sehari semalam. Adapun jika tiada diketahuinya waktu permulaan datang darah
maka perempuan itu “Mutahayyirah”. Lagi akan datang hukumnya.
ISTILAH
Apabila disebutkan
“perempuan yang membezakan” ( مميزة
) dengan itlak maka yang dikehendaki adalah perempuan yang menghimpunkan
syarat-syarat yang terdahulu disebutkan itu.
TEMPOH
PALING LAMA TINGGAL SOLAT BAGI MUBTADI’AH
Apabila seorang perempuan
yang baharu berhaid melihat darah merah lima belas hari kemudian darah
hitam lima belas hari hendaklah dia meninggalkan sembahyang dan puasa didalam
masa tiga puluh hari.
Adapun didalam lima belas hari yang pertama maka kerana bahawa
sanya diharapharapkan putus darahnya dan didalam lima belas hari yang kedua
maka kerana darah hitam yang dilihatnya menunjukkan bahawa darah merah yang
terdahulu itu darah istihadhah bukan darah haid Kemudian, jikalau darah hitam
itu lebih daripada lima belas hari maka dia adalah seorang yang ketiadaan
syarat tamyiz.
Jadi adalah haidnya sehari semalam pada permulaan darah merah, dan
jadilah permulaan daurnya hari ketiga puluh satu.
Maka hendaklah dikadhanya
sembahyang dan puasa didalam masa yang lebih daripada kadar haidnya itu iaitu
lima belas hari pada masaalah yang pertama dan sehari semalam pada masaalah
yang kedua.
Tidak diperolehi perempuan
yang disuruh meninggalkan sembahyang dan puasa didalam masa tiga puluh satu
hari selain daripada perempuan ini.
TEMPOH
PALING LAMA TINGGAL SOLAT BAGI MU’ TADAH
Adapun mustahadhah
yang sudah beradat haid maka diperoleh yang disuruh meninggalkan sembahyang dan
puasa didalam masa empat puluh lima hari, seperti adalah adat
haidnya lima belas hari pada permulaan tiap-tiap bulan kemudian dia melihat
pada permulaan bulan darah merah lima belas hari kemudian berkekalan darah
hitam, maka disuruh dia meninggalkan sembahyang dan puasa didalam lima belas
hari yang pertama kerana berpegang atas adatnya, dan didalam lima belas hari
yang kedua kerana kuat darahnya itu lagi diharapkan tetap tamyiznya dan didalam
lima belas hari yang ketiga, kerana berkekalan darah hitam menyatakan bahawa
tempat mengembalikan haidnya adalah adat jua bukannya tamyiz kerana ketiadaan syaratnya.
Maka haidnya lima belas hari pada permulaan bulan. Jadi, hendaklah dikadhanya
sembahyang dan puasa didalam lima belas hari yang kemudian daripada masa
adatnya dan waktunya. dihukumkan dengan adat. Tidak adalah dia seorang yang
membezakan sifat darahnya…maka dikembalikan dia kepada adat haidnya.