Pondok ????

...Mari Mengenali PONDOK...


Pondok adalah satu institusi islam yg sudah wujud sejak

zaman NABI MUHAMMAD saw lagi.Ketika itu digelar dengan

AHLI SUHFAH yakni ahli pondok nabi/ahli beranda masjid nabi

yang mana ketika itu antara sahabat besar-besar antaranya

yang masyur ialah ABU HURAIROH.itulahsebabnya

kebanyakkan hadis periwayatannya adalah Abu hurairoh.ada

riwayat mengatakan abu hurairoh pernah berlapar dahaga

hampir 15 hari dengan di ikat perutnya bersama batu.Tapi

kesudahannya telah di lantik sebagai gabenor madinah.Itulah

ahli pondok nabi.Rentetan daripada situlah wujudnya

pengajian islam khususnya PONDOK.Pondok adalah nama di

Tanah MELAYU.Bagi di indonesia di panggil PASENTREN.Di

yaman di panggil RIBATH.Tapi semua itu adalah benda yang

sama.Jadi pondok ini adalah satu benteng umat islam di

tanah melayu.dqri segi pembelajarannya adalah dari kulit ke

kulit tanpa meninggal satu pun tulisan yang di tulis oleh

ulama' di dalam kitab yang di pelajari.Penekanan yang di

berikan di pondok adalah hukum-hukum syara' yang

merangkumi TAUHID,FEQAH dan TASAWUF kerana muafakat

hadis nabi maknanya "MENUNTUT ILMU IALAH FARDHU

DIATAS SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT".Jadi ulama' hadis

membahaskan yg wajib itu ialah FARDHU 'AIN yang meliputi

ilmu tauhid,feqah dan tasawuf.Pengajian pondok juga

melebihkan penggunaan kitab arab yang muktabar di dalam

disiplin ilmu yang tiga tadi.Jadi untuk menguasai kitab arab

tersebut jadi ditambahkan pengajian ilmu yang bersesuaian

untuk memahami kitab-kitab arab tersebut diantaranya ilmu

nahu,sorof,bayan,badi',mantik,arud,balaqho dan lain-lain lagi

yang bersesuaian untuk memahami kitab-kitab arab.Untuk

pengetqhuan pondok ini bukanlah TAHFIZ yang dianggap

setengah pihak.Pelajar pondok ini lebih digalakkan menghafal

kitab-kitab matan didalam menguasai ilmu alat seperti

menghafal matan-matan.Besr jasa pondok jika kita pandai

menilai.Ramai ulama'-ulama' besar tanah melayu adalah

berasal daripada pondok.Antaranya Sheikh Idris al-Marbawi

yang menuntut di pondok tok kenali,sheikh daud fathoni,Tuan

Guru Nik aziz,Tuan guru Dato paduka Hj Abdul Latif (Pak Teh

Kroh), Tok Kenali,Tok Selehong, dan ramai lagi................

(...........bersambung.........)

MARI MENGENALI ORANG YANG AMAT KITA KASIHI RASULULLAH S.A.W.

BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin
Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20
April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena
peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota
Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu
Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu
Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih
dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu
Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan
oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang
wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal
dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara
Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan
bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul
Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12
tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam
atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani
bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua
rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang
nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam
kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada
ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja..
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk
memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan
barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan
Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang
bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad
(bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500
dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuh- kan dinding
Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-
pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-
Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan
pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi
Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh
Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24
September 622M.
USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah
pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632
Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam'ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ;
Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya
dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku
nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-
Sajary daripada Anas )
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻠﻰ ﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻟﻪ ﻭﺍﺻﺤﺎﺑﻪ ﻭﺳﻠﻢ
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang
ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka
dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku
akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah
saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu
melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt
bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak
semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya,
kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri,
kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di
bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari
giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti
arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan
kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan
rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara
kedua bahunya lebih drpd biasa. - Seimbang antara kedua
bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya
juga besar dan tersusun dgn cantik..
Wallahua'lam Bissawab ....

Ziarah Pelajar Universiti Teknologi Petronas 2015

Ziarah pelajar-pelajar daripada UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS baru-baru ini dalam misi MAHABBAH BERSAMA ULAMA.Tuan Guru Hj Shaharuddin merupakan pelajar keluaran makkah.Murid kepada sheikh Abdul Qadir Al-Mandile,sheikh karim Al-Banjari ( anak kepada Sheikh Arsyad Al-Banjari --- pengarang kitab Sabilal Muhtadi) dan ramai lagi.

ZIRAH MAHABBAH ULAMA' KE PONDOK

Ziarah Mahabbah Muhadist Sheikh Daniel ad-dimsyaqqi

Kata-kata hikmah

TUAN GURU Hj Shaharuddin Bin Abdul Rahman Al-mandile

SEKITAR PENGAJIAN SYAMAIL MUHAMMADIYYAH PADA BULAN RAMADHAN 2015.