Jadual Penyelesaian Istihadah
Kategori
|
Kaedah
penyelesaian
|
|
1
|
مبتداة مميزة
|
Mengikut tamyiz
|
2
|
مبتداة
غير مميزة
|
Sahari semalam
|
3
|
معتادة
غير مميزة
|
Mengikut adat
|
4
|
معتادة
مميزة
|
Mengikut tamyiz
|
5
|
[ ناسية القدرو ناسية الوقت ] متحيرة مطلقة
|
Melakukan ihtiat
|
6
|
متحيرة
ذاكرة القدر ناسية الوقت
|
Masa yang dia yakinkan sucinya
baginya hukum suci dan masa yang dia yakinkan haidnya baginya hukum haid, dan
pada masa yang diihtimalkan padanya haid dan suci adalah dia seperti
perempuan yang lupa kadar haid dan waktunya pada pihak wajib atasnya mengerjakan
ihtiat didalam masa itu
|
7
|
ناسية القدر الوقت متحيرة
ذاكرة
|
Masa yang dia yakinkan sucinya
baginya hukum suci dan masa yang dia yakinkan haidnya baginya hukum haid, dan
pada masa yang diihtimalkan padanya haid dan suci adalah dia seperti perempuan
yang lupa kadar haid dan waktunya pada pihak wajib atasnya mengerjakan ihtiat
didalam masa itu
|
Jika dia tiada melihat akan darah melainkan selepas lalu lima belas hari atau lebih maka tidak ada baginya nifas sekali-kali dan darah yang dilihatnya selepas masa yang itu adalah darah haid bukan darah nifas.
Lampau darah nifas enam puluh hari adalah seperti lampau darah haid lima belas hari.
Maka berlakulah disini bahagian-bahagian mustahadhah dengan segala hukum-hukumnya.
Maka ditilik, adakah dia baharu nifas atau dia telah beradat nifas dan adakah dia membezakan sifat darah atau tidak membezakannya dan yang telah beradat nifas itu adakah dia ingat adatnya atau lupa akannya. Maka dikembalikan perempuan yang baharu bernifas yang membezakan sifat darah kepada tamyiz jika darah yang kuat tiada lebih diatas enam puluh hari. Berlaku disini apa yang tinggal daripada syarat-syarat tamyiz.
Dikembalikan perempuan yang baharu bernifas lagi tiada membezakan sifat darah kepada sekurang-kurang nifas iaitu satu lahzah.
Dikembalikan yang telah beradat nifas yang tiada membezakan sifat darah kepada adatnya jika dia ingatkannya.
Sabitlah adatnya itu jika tiada bersalah-salahan dengan sekali jua dan jika ianya bersalahan maka padanya tafsil yang telah terdahulu pada haid.
Manakala mutahayyirah iaitu mustahadhah yang lupa adat nifasnya wajib atasnya mengerjakan ihtiat.
Hikmah Maksima Darah Nifas Adalah 60 Hari
Syeikh Abu Sahal as Sa’luki telah menyebutkan hikmah dan sebab sebanyak-banyak nifas itu enam puluh hari tidak lebih darinya, katanya : adalah mani didalam rahim perempuan berhenti empat puluh hari kemudian ia berubah menjadi darah empat puluh hari kemudian berubah menjadi daging empat puluh hari kemudian ditiupkan kedalamnya roh, maka lama masa tetapnya didalam rahim hingga sampai ditiupkan roh itu empat bulan. Adalah darah haid pada masa itu terhimpun, maka apabila sudah ditiupkan roh ianya tidak terhimpun lagi kerana tiap-tiap darah yang keluar dimakan oleh anak yang didalam rahim. Maka jumlah masa yang terhimpun darah haid didalam empat bulan itu adalah enam puluh hari kerana ditanggungkan bahawa sanya seorang perempuan itu berhaid dengan sebanyak-banyak haid iaitu lima belas hari. Maka inilah sebab keadaan sebanyak-banyak nifas itu enam puluh hari.
Faedah. Bermula. Sebahagian daripada hukum bab ini bahawa sanya wajib atas seorang perempuan belajar hukum-hukum haid dan istihadhah dan nifas apa yang dia perlukan kepadanya. Kemudian jika dia mempunyai suami yang a’lim maka wajib atas suaminya mengajarinya. Jika suaminya tidak ‘alim maka harus dia keluar belajar kepada orang ‘alim. Wajib suaminya melepaskan dia, haram dia menegahnya melainkan jika si suami itu belajar supaya selepasnya dia mengajar isterinya. Maka pada ketika itu janganlah dia keluar.
Risalah Ini Di Sunting Dari Kitab Sabilal Muhtadin Karangan Syeikh Arshad Albanjari Dengan Sedikit Perubahan Bahasa, Susunan Dan Tajuk-Tajuk Bab Agar Mudah Difahami Insyaallah.
- Al-Fdhil Ust.Ahmad Rozaini -