Jika perempuan yang beradat
haid itu ingat kadar haidnya tidak waktunya atau ingat waktunya tidak kadar
haidnya maka dinamakan dia mutahayyirah nasabiah. Maka masa yang dia yakinkan
sucinya baginya hukum suci dan masa yang dia yakinkan haidnya baginya hukum
haid, dan pada masa yang diihtimalkan padanya haid dan suci adalah dia seperti
perempuan yang lupa kadar haid dan waktunya pada pihak wajib atasnya
mengerjakan ihtiat didalam masa itu.
Maka wajib dia mengerjakan
ibadat yang berkehendak kepada niat seperti sembahyang, puasa dan barang
sebagainya kerana diihtimalkan sucinya. Haram setubuh, menyentuh mashaf dan
barang sebagainya kerana diihtimalkan haidnya. Wajib dia mandi bagi tiap-tiap
fardhu jika diihtimalkan putus darahnya.
Rupa masaalah mutahayyirah yang lupa akan kadar haidnya dan ingat akan
waktunya, seperti bahawa dia berkata : adalah haid aku mula datangnya pada
permulaan bulan dan tiada aku ingat akan kadarnya, maka sehari semalam pada
permulaan istihadhah itu haid dengan yakin dan setengah yang kedua pada bulan
itu suci dengan yakin dan apa yang antara keduanya diihtimalkan bagi haid dan
suci serta tiada diihtimalkan putus darah.
Lihat rajah di bawah ini:
Jika dia berkata : aku tahu putus darah haid ku pada akhir
tiap-tiap bulan dan tiada aku ingat akan kadarnya, maka lima belas hari yang
pertama suci dengan yakin dan sehari semalam pada akhir bulan itu haid dengan
yakin dan apa yang diantara keduanya diihtimalkan bagi haid dan suci serta
tiada diihtimalkan bagi putus darah.
Jika dia berkata : aku tahu bahawa aku pada akhir tiap-tiap bulan
dan permulaan bulan yang kemudiannya adalah didalam haid dan tidak aku ingat kadar
haid itu, maka selahzah pada permulaan tiap-tiap bulan dan selahzah pada akhir
bulan yang dahulunya haid dengan yakin, dan selahzah daripada akhir yang kelima
belas dan selahzah daripada permulaan yang keenam belas suci dengan yakin, dan
apa yang diantara lahzah daripada permulaan bulan dan lahzah daripada akhir
yang kelima belas diihtimalkan bagi haid dan suci dan putus darah, dan yang
kemudian daripada lahzah yang pada permulaan yang keenam belas hingga kepada
lahzah yang akhir bulan diihtimalkan bagi haid dan suci dan tiada
diihtimalkan bagi putus darah.
Lihat rajah di bawah ini:
Rupa masaalah mustahadhah yang lupa waktu haid dan ingat kadarnya seperti
bahawa dia berkata : adalah adat haid aku enam hari didalam sepuluh hari yang
pertama daripada tiap-tiap bulan tetapi tidak aku ingat waktu permulaannya. Adakah permulaannya hari yang
pertama atau yang kedua atau yang ketiga atau yang keempat, maka hari yang
kelima dan yang keenam itu haid dengan yakin dan dua puluh hari yang
kemudiannya itu suci dengan yakin dan empat hari yang pertama diihtimalkan bagi
haid dan suci serta tiada diihtimalkan bagi putus darah. Hari yang ketujuh dan
yang kelapan dan yang kesembilan dan yang kesepuluh itu diihtimalkan ia bagi
haid dan suci dan putus darah.
Jika dia berkata : adalah haid aku lima hari didalam sepuluh hari
yang pertama daripada tiap-tiap bulan, tiada aku tahu permulaannya, tetapi aku
suci pada hari yang pertama, maka hari yang keenam haid dengan yakin dan hari yang
pertama suci dengan yakin dan dua puluh hari yang kemudian suci dengan yakin.
Hari yang kedua hingga akhir hari yang kelima diihtimalkan bagi haid dan suci
serta tiada diihtimalkan bagi putus darah, dan hari yang ketujuh hingga akhir hari
yang kesepuluh diihtimalkan bagi haid dan suci dan putus darah.
Jika dia berkata : adalah
haid aku sepuluh hari didalam sebulan dan tiada aku ingat waktunya. Maka tidak
ada baginya yang diyakinkan daripada haid dan suci, hanya sepuluh yang pertama
diihtimalkan bagi haid dan suci serta tidak diihtimalkan bagi putus darah.
Selepas daripada sepuluh yang pertama hingga akhir bulan diihtimalkan ia bagi
ketiga-tiganya.