Telah menjadi ketetapan sunnatullah bahawa pembentukan umat setiap zaman terletak dibahu para anbiya', sebagaimana yang dijelaskan oleh FirmanNya yang bermaksud : "Tidaklah kamu mengazabkan suatu umat manusia sehinggalah kami utuskan Rasul" ( Al-Isra' : 15)
Tugas para anbiya' adalah mengarahkan masyarakat supaya berpegang dengan syariat yang ditetapkan oleh Allah SWT. Justeru itu, sifat-sifat seorang nabi sebagai pendakwah merangkumi ilmu yang mantap dan keperibadian luhur untuk dicontohi serta menyeru kepada kebaiakn dan mencegah kemungkaran
Selepas tamat pangkat kenabian, tanggungjawab mendidik umat manusia diserahkan kepada para ulama'. Ini sejajar dengan hadis Rasulullah SAW, Maksudnya " Sesungguhnya para Ulama' adalah pewaris para anbiya'. Mereka itu mewarisi keilmuan..." ( Riwayat Bukhari, Turmizi dan lain-lain)
Untuk Membentuk ciri-ciri ulama' sebagai pewaris nabi yang sebenar adalah tertakluk di bawah suatu pendidikan dan pentarbiahan yang mantap. PEmbentukan ini berbula dalam satu kelompok di bawah satu sistem yang tersusun. Hal demikian dapat direalisasikan dengan pembinaan sebuah madrasah. USaha ini merupakan warisan halaqah pengajian Rasulullah SAW bersama Ahli Suffah dan seterusnya berterusan di setiap zaman bersesuaian dengan keadaan semasa.
OBJEKTIF PENUBUHAN MADRASAH
Pertubuhan Umat Bertaqwa Perak ( Ummatulmuttaqin ) mengambil inisiatif untuk menubuhan Madrasah Al-Ibtidaiah Ad-Diniah Al-kamaliah Kg Banggol Batu Lenggong.
Sebagai pusat ilmu, tarbiah dan dakwah pelbagai lapisan masyarakat dan melahirkan ulama' yang memenuhi ciri-ciri berikut :
-Ilmu yang mantap seterusnya dapat menyelesaikan permasalahan umat
-Beramal dengan ilmu
-Mempunyai keperibadian tinggi lantas menjadi contoh teladan
-Berdakwah membimbing masyarakat
PERANCANGAN
Terbahagi kepada dua fasa :
Fasa Pertama : Pembinaan Bangunan di tapak Madrasah Al-Ibtidaiah Ad-Diniah Al-Kamaliah , Kampung Banggol Batu 33400 Lenggong Perak
Fasa Ketiga : Mengumpul Dana Operasi
Fasa Pertama : Pembinaan Bangunan di tapak Madrasah Al-Ibtidaiah Ad-Diniah Al-Kamaliah , Kampung Banggol Batu 33400 Lenggong Perak
Keluasan 4 ekar tanah madrasah mencakupi :
-Asrama Lelaki
-Asrama Perempuan
-Rumah Guru
-Masjid
-Kelas-kelas pengajian kitab dan tahfiz
-Pejabat
Fasa Kedua : Mengumpul Dana Operasi
-Bertujuan menguruskan madrasah dan segala aktivitinya
-Bagi menjalankan program-program ilmu, keagamaan dan tarbiyah kepada segala lapisan masyarakat
-Bagi mengadakan kursus intensif@jangka pendek untuk pelajar sekolah dan pelajar IPT, Bakal pengantin, badan kerajaan/swasta, ahli koporat, para imam dan lain-lain
-Dana berbentuk tanah perladangan, bangunan sewaan, perubahan, perniagaan, perkilangan dan lain-lain
-Menghulurkan bantuan kebajikan bagi golongan daif
-Pengurusan dana dikendalikan oleh Pertubuhan Umat Bertaqwa Perak
Sila Layari http://ummatulmuttaqin-lenggong.blogspot.com
Penutup
Firman Allah Taala bermaksud " Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah:261)
FirmanNya lagi, bermaksud: " Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita." ( Al-Baqarah : 262)
Sumbangan
Bank - Malayan Banking Berhad
Pertubuhan Umat Bertaqwa Perak
558136008393