Tok Pulai Condong ulama Nusantara


Oleh Haspaizi Mohd Zain

Abdul Samad Faqih terus gigih tuntut ilmu agama di Makkah walaupun dikatakan sudah layak jadi pengajar
KELANTAN bukan saja terkenal dengan kaum hawa yang mendominasi perniagaan, namun ia juga berfungsi sebagai pusat kelahiran tokoh ulama seperti Abdul Samad Faqih Abdullah atau lebih dikenali sebagai Tok Pulai Condong.

Tok Pulai Condong adalah seorang ulama Melayu terkemuka di Nusantara yang bertanggung jawab menyebarkan syiar Islam pada zaman kegelapan masyarakat Melayu lampau.

Bab Haid


TAKRIF

Fasal pada menyatakan haid. Bermula arti haid pada bahasa: mengalir dan arti haid pada syara’: darah tabi’e yang keluar daripada penghujung rahim perempuan pada ketika sihat tubuhnya didalam waktu-waktu yang tertentu .  


UMUR  TERBOLEH KELUAR HAID

 Sekurang-kurang tahun haid itu sempurna sembilan tahun Qamariah dengan takrib, tidak dengan tahdid.
Maka jikalau seorang perempuan melihat darah sebelum daripada sembilan tahun kadar yang tiada memuatkan sekali haid dan sekali suci iaitu lima belas hari atau kurang maka darah yang dilihatnya itu haid jua. Bersalahan jikalau kurangnya daripada sembilan tahun itu kadar yang memuatkan sekali haid dan sekali suci iaitu lima belas hari atau lebih. Maka darah yang dilihatnya itu darah rosak, bukan darah haid.

Niqa' Dan Fatrah

Fasal. Pada menyatakan niqa’ dan fatrah.

 Fatrah adalah satu keadaan yang terselang mengalir darah didalamnya dan tinggal didalam faraj bekas darah sekira-kira jika dimasukkan kapas kedalamnya nescaya kelihatan pada kapas itu warna darah.

Niqa’ adalah satu hal yang terselang keluar darah didalamnya serta tiada tinggal bekas darah didalam faraj sekira-kira jika dimasukkan kapas kedalamnya nescaya keluar ia bersih tiada kelihatan padanya warna darah.

 Niqa’ yang pada selang-selang darah itu dihukumkam haid dengan tiga syarat.

 Pertama         : tiada lampau ia akan lima belas hari.
 Keduanya     : tiada kurang perhimpunan darah itu daripada sehari semalam.
 Ketiga            : niqa’ itu lebih daripada fatrah yang teradat antara darah dan haid
                        kerana fatrah itu haid dengan tiada khilaf sekelian ulamak.

Bab Nifas


TAKRIF

 Nifas pada syarak : darah yang keluar kemudian daripada kosong peranakkan daripada anak atau a’laqah atau mudghah.

TEMPOH NIFAS

 Sekurang-kurang nifas itu satu lahzah dan sebanyak-banyaknya enam puluh hari dan yang ghalibnya empat puluh hari dengan periksa imam kita Syafie radhiallahu anhu.


Bab Istihadhah


TAKRIF

Istihadhah pada syarak: darah penyakit yang keluar daripada hujung urat dibawah rahim perempuan diluar masa sebanyak-banyak haid dan diluar masa sebanyak-banyak nifas, samaada ia keluar mengiringi darah haid atau tidak. Kata sebahagian ulamak : istihadhah itu tertentu pada darah yang berhubung dengan darah haid, selain daripada itu darah fasad bukan istihadhah. Kata syeikh Ibnu Hajar didalam Syarah Bafadhal : khilaf itu kembali kepada lafaz jua.



HUKUM ISTIHADAH

Istihadhah adalah hadath yang berpanjangan, bandingannya seperti kumuh atau wadi atau mazi yang sentiasa keluar. Maka ia tidak menegah sembahyang dan puasa dan setubuh dan barang sebagainya. Maka tidak diharamkan diatas mustahadhah  dan orang yang sentiasa keluar kumuh atau wadi atau mazi apa yang diharamkan atas perempuan yang berhaid dan bernifas.

Pengklasan Bahagian Mustahadah

Apabila darah seorang perempuan melampaui sebanyak-banyak haid dan dinamakan dia mustahadhah maka ada kalanya dia itu baharu berhaid atau sudah beradat haid. Setiap daripada keduanya adakalanya dapat membezakan sifat darah atau tiada dapat membezakannya. Yang sudah beradat haid itu adakalanya ingatkan kadar haidnya, darah dan waktunya, atau lupakan keduanya atau salah satu daripada keduanya.

1.Mubtadi'ah Mumaiyizah [ مبتداة مميزة ]


   Maka jika dia baharu kedatangan haid lagi dapat membezakan sifat darahnya seperti dilihatnya darah kuat seperti hitam dan lemah seperti merah maka darah yang lemah itu istihadhah sekalipun lanjut masanya dan darah yang kuat itu haid dengan syarat :

SYARAT TAMYIZ

1-       jika tidak kurang ia daripada sekurang-kurang haid
2-      tiada lampau ia akan sebanyak-banyaknya
3-     tiada kurang yang lemah itu daripada sekurang-kurang suci 
berturut-  turut.

2. Muntadi'ah Ghari Mumaiyizah [ مبتداة غير مميزة ]


Sekiranya perempuan yang baharu berhaid itu tidak dapat membezakan sifat darah seperti dilihatnya darah itu diatas satu warna jua, atau diatas beberapa warna tetapi tidak ada satu syarat daripada syarat-syarat yang telah tersebut itu, maka haidnya jika diketahuinya waktu permulaan datang darahnya adalah sehari semalam jua, dan sucinya adalah yang kemudian daripadanya hingga akhir bulan, kerana gugur sembahyang daripadanya didalam masa sehari semalam itu diyakinkan dan gugurnya didalam masa yang selain daripada itu tiada diyakinkan. Maka tiada ditinggalkan yang yakin melainkan dengan yang yakin seumpamanya atau dengan tanda yang nyata seperti pembezaan sifat
darah atau adat.

3. Mu’tadah Ghari Mumaiyizah [ معتادة غير مميزة ]


Jika seorang perempuan itu telah beradat haid dan ingat akan kadar haidnya dan waktunya serta tidak dapat membezakan sifat darahnya maka dikembalikan dia kepada adat haid dan sucinya pada kadarnya dan waktunya.

Sabitlah adatnya jika tiada berlain-lainan dengan sekali jua. Maka jika dia berhaid didalam sebulan lima hari pada permulaan bulan kemudian dia istihadhah pada bulan yang kedua nescaya dihukumkan haidnya itu dengan lima hari pada permulaan bulan yang kedua sepertimana dihukumkan dia dengannya jikalau berulang-ulang adatnya.

4.Mu’tadah Mumaiyizah [ معتادة مميزة]


Jika dia telah beradat haid dan ingatkan kadar haidnya dan waktunya dan dapat dia membezakan sifat darah dengan syarat- syaratnya yang telah tersebut dahulu itu maka dihukumkan haidnya dengan tamyiz, bukan dengan adat pada tempat yang adatnya menyalahi tamyiz serta tiada menyelangi antara adat dan tamyiz itu sekurang-kurang suci.

Seperti adat haidnya lima hari pada permulaan tiap-tiap bulan kemudian dia istihadhah. Maka dilihatnya darah merah lima hari pada permulaan bulan kemudian darah hitam lima hari kemudian berkekalan darah merah nescaya haidnya adalah darah hitam jua kerana tamyiz itu lebih kuat daripada adat kerana tamyiz itu alamat yang hadhir dan adat itu alamat yang sudah lalu. Lagi pula tamyiz itu alamat yang ada pada darah dan adat itu alamat pada yang empunya darah.

5. Mutahaiyirah Mutlaqah { [ ناسية القدرو ناسية الوقت ] متحيرة مطلقة }


Jika seorang perempuan itu telah beradat haid dan lupa akan kadar haidnya dan waktunya maka dia adalah perempuan yang tercengang-cengang tentang keadaan haid dirinya. Maka wajib dia mengerjakan ihtiat kerana tiap-tiap masa yang lalu atasnya diihtimalkan bagi haid dan suci dan putus darahnya. Maka adalah dia pada hukum perempuan yang berhaid pada pihak haram setubuh, menyentuh barang yang diantara pusat dan lutut dengan tiada berlapik, menyentuh mashaf dan membaca al-Quran diluar sembahyang, kerana diihtimalkan haid, dan pada hukum perempuan yang suci pada pihak tiada haram talak dan pada wajib mengerjakan ibadat yang berkehendak kepada niat seperti sembahyang dan tawaf dan puasa. Maka wajib dia mengerjakan yang demikian
itu kerana diihtimalkan sucinya.

7.Mutahaiyirah Ingat Waktu Dan Lupa Kadar[ ناسية القدر الوقت متحيرة ذاكرة]


 Jika perempuan yang beradat haid itu ingat kadar haidnya tidak waktunya atau ingat waktunya tidak kadar haidnya maka dinamakan dia mutahayyirah nasabiah. Maka masa yang dia yakinkan sucinya baginya hukum suci dan masa yang dia yakinkan haidnya baginya hukum haid, dan pada masa yang diihtimalkan padanya haid dan suci adalah dia seperti perempuan yang lupa kadar haid dan waktunya pada pihak wajib atasnya mengerjakan ihtiat didalam masa itu.

Penutup


Jadual Penyelesaian Istihadah



Kategori
Kaedah penyelesaian
1
    مبتداة مميزة
Mengikut tamyiz
2
مبتداة غير مميزة  
Sahari semalam
3
معتادة غير مميزة 
Mengikut adat
4
معتادة مميزة
Mengikut tamyiz
5
[ ناسية القدرو ناسية الوقت ] متحيرة مطلقة
Melakukan ihtiat
6
متحيرة ذاكرة القدر ناسية الوقت
Masa yang dia yakinkan sucinya baginya hukum suci dan masa yang dia yakinkan haidnya baginya hukum haid, dan pada masa yang diihtimalkan padanya haid dan suci adalah dia seperti perempuan yang lupa kadar haid dan waktunya pada pihak wajib atasnya mengerjakan ihtiat didalam masa itu
7
  ناسية القدر الوقت  متحيرة ذاكرة
Masa yang dia yakinkan sucinya baginya hukum suci dan masa yang dia yakinkan haidnya baginya hukum haid, dan pada masa yang diihtimalkan padanya haid dan suci adalah dia seperti perempuan yang lupa kadar haid dan waktunya pada pihak wajib atasnya mengerjakan ihtiat didalam masa itu