Tok Kenali


ULAMA NUSANTARA



1.      Tok Kenali



Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 –  1933) ialah



seorang tokoh tokoh  ‘Ulama’ , guru, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia



sebelah  sini, di  awal  abad ke-20. Beliau  seorang  alim Rabbani yang dalam hidupnya



banyak berpandukan kitab  Suci Al-Quran  disamping  Sunnah Nabi  Shallallaahu  alaihi



wasallam. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana . dan juga



seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu Kurniaan



Ilahi tanpa belajar).



Tok  Kenali - Tokoh  Besar Ulama Kelantan  Bagi  seseorang yang mengkaji   sejarah



tanah air, lebih-lebih lagi menyelidiki “sejarah  kelantan’ maka dia secara langsung atau



tidak,  akan menemui nama Tuk kenali’. Mengikut perkembangan  sejarah,  Tuk Kenali



adalah merupakan seorang pembangun fikiran umat Islam di dunia sebelah sini menerusi



pengajaran kepada murid-murid yang bertebar pada beberapa tempat di Alam Melayu,



juga  melalui fikiran-fikirannya yang membina menerusi majalah “Pengasuh”, keluaran



Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu kelantan dan majalah “Al-Hikmah” sebuah



majalah pengatahuan yang  antara  lain yang  sedang bersemarak di masa  ini.    Sesuatu



perkara yang menarik perhatian kita ialah perjuangan dan penghidupan Tuk kenali adalah



agak nyata. Beliau banyak menerima pengaruh dari ajaran-ajaran Failasuf islam Al-Iman



Ghazali  ,  (1058-1111M)  seorang  pembangun   dan  pembina  fikiran  umat   Islam   yang



banyak  membuat   pembaharuan  dalam   acara  mengupas   soal-soal  agama   berdasarkan



ajaran-ajaran kitab  suci Al-Quran  dan hadis  di  samping memperoleh  ilmu  ladunni  di



zaman silam. Melihat kepada perjuangannya, kita mendapati cara perjuangannya hampir-



hampir  sama  dengan  perjuangan   Syaikh  Muhammad Abduh   (1849-1905M),  seorang



pembawa pembaharuan pemikiran umat Islam yang meletakkan kitab Al-Quran sebagai



asas perjuangannya dan perjuangannya adalah secara melyeluruh menyedar dan membina



masyarakat dalam aspek hidup, agama, ilmu pengatahuan, politik,  sosial ekonomi dan


----------------------- Page 2-----------------------

lain-lain yang  secara kebetulan  di masa Tuk kenali berada  di kota  Suci Makkah  dan



semasa beliau melawat ke Mesir 1322H (1904M) merupakan akhir zaman Syaikh itu.



Kelahiran Tok Kenali  



Beliau dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan kira-kira



pada tahun  1287H (1870M*) dengan nama Muhammad Yusof (pernah disebut sebagai



Awang sahaja)  iaitu di penghujung pemerintahan  Sultan Muhammad II (1837-1886M).



Bapanya  seorang petani bernama Ahmad,  manakala  Fatimah,   ibunya  adalah  seorang



insan yang sopan dan bercita-cita tinggi dan murni.



Latar Belakangnya  



Muhammad   Yusoff   dilahirkan   dalam   keluarga   yang   sederhana,   dan   ini   adalah



membentukkan sifat peribadinya yang tidak menonjol. Bapanya seorang petani manakala



ibunya   bagaimana   kebiasaan   orang-orang   di   kampungnya   adalah   bekerja   menolong



pekerjaan suaminya.  Sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negeri, Muhammad yusof



telah mula belajar pada datuknya sendiri Encik  Salleh (Tok Leh) iaitu dalam pelajaran



membaca   kitab    suci   Al-Quran    dan   pelajaran    tulis-menulis.    Sesudah    itu    dia



menyambungkan pelajaran  ke masjid Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu  dan tempat-



tempat pengajian lain di  sekitar kota Bharu dalam pelajaran Bahasa Arab, nahu,  saraf



juga pengetahuan agama.  Perlu disebutkan bahawa datuknya adalah seorang yang lebai,



wara, mempunyai sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama untuk panduan hidup, seorang yang



mempunyai kesedaran, mematuhi peraturan-peraturan agama dan gemar berbuat ibadat



semata-mata mencari keredaan Allah.  Bapanya meninggal dunia sewaktu umurnya baru



meningkat   5  tahun.   Beliau   dilantik   di  bawah   pengawasaan   datuknya   menyebabkan



pengaruh bapanya kurang terasa dalam corak hidupnya. Disamping itu nenek perempuan



tirinya,  Tuk  Mek  ngah  turut  memberikan pendidikan  yang baik kepadanya  termasuk


----------------------- Page 3-----------------------

pengawasan   terhadap   punca-punca   makanan   yang   hendak   disajikan.   Menurutnya



pengaruh-pengaruh makanan-makanan yang haram adalah membawa akibat yang buruk



dalam penghidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat.



Kebolehan Luar Biasa  



Kecenderungan Tuk Kenali dalam pelajaran adalah nyata sejak kecil lagi. Perasaan ingin



maju dan ingin tahu  adalah meluap-luap di dadanya. Dalam tempoh yang pendek dia



telah dapat mengkhatami pembacaan kitab suci Al-quran dan dapat menulis dengan baik.



Kerana itu tidaklah hairan mengapa dia telah dipilih  oleh penggawa daerahnya untuk



menjadi  seorang kerani  sebagai pembantunya  dalam mengira  dan menguruskan hasil-



hasil tanaman dan kebun di kawasan tersebut sewaktu dia berusia antara tujuh ke lapan



tahun.



Menyambung Pelajaran Ke Kota Bahru  



Sewaktu berusia antara sembilan ke sepuluh tahun, Muhammad Yusof telah mengambil



langkah bagi menyambung pelajarannya ke Kota Bharu. Tempat pertama yang ditujunya



ialah  ke   masjid  Al-Muhammadi,  di  mana   terdapat  beberapa   orang  guru  agama   dan



beratus-beratus orang murid dari seluruh ceruk Negeri Kelantan menyembung pelajaran



mereka  ke   sini.  Sekitar   masjid  besar   ini,  dewasa  ini  penuh   dengan  pondok-pondok



(asrama) penuntut.  Dalam masa menuntut di sini beliau berguru kepada Tuan Haji Wan



Ismail  (ayahnda  Datuk  Perdana  Menteri Paduka  Raja,  Kelantan,  Dato' Nik  Mahmud)



Beliau belajar bersama-sama Encik Idris yang kemudiannya menjadi “Mufti Kerajaan



Kelantan”’ Selain iatu beliau berguru kepada Tuan Guru Hj. Ibrahim, penambang (Mufti



kerajaan Kelantan) Syaikh Muhammad Ali bin Ab. Rahman (Wan Ali) Kutan dan kepada



Tuan Guru Padang (Hj. Ahmad) Kota Bharu.


----------------------- Page 4-----------------------

Melanjutkan Pelajaran Ke Tanah Suci Mekah  



Sebagai seorang pelajar, Tok Kenali telah menaruh cita-cita yang kuat untuk melanjutkan



pelajaran ke Mekah. Pada tahun  1887M (1305H). Menjelang umurnya kira-kira  18 tahun,



Tok  Kenali  menjejak  Tanah  Suci  Mekah  untuk   meninggikan  pelajaran  agamanya  di



samping menunaikan rukun  islam yang kelima,  ibadat Haji   iaitu  sesudah  enam bulan



mengalami kesusahan di Lautan Hindi disebabkan kerosakan kapal yang ditumpanginya.



Penghidupan Tok Kenali di Tanah Suci Mekah  



Pemergian Tok Kenali ke Tanah Suci Melah adalah semata-mata atas bantuan daripada



sahabat   dan  kenalan  beliau   di  Kota   Bharu   yang   berjumlah  kira-kira   RM50.00   dan



sumbangan daripada ibunya cuma berjumlah RM22.00. Kesukaran yang di hadapi Tok



Kenali di rantau orang tidak dapat digambarkan lagi. Hampir tujuh bulan beliau di sana



tanpa  tempat kediaman yang  tetap.  Semasa  itu beliau menginap  di  serambi  Masjidil



Haram, Mekah, dan hanya dapat tidur serta berehat-rehat bila menjelang sesuku malam



disebabkan   Masjidil   Haram   merupakan   pusat   ibadat   tawaf,   sa’i,   sembayang   dan



sebagainya.   Pakaiannya  sederhana, begitu juga  tentang pemilihan makanannya untuk



menampung   kekosongan   di  waktu   pagi   dan  petang.   Memandangkan  kedudukan   ini,



beliau pernah ditugaskan menjadi tukang masak sementara dalam sesuatu perkelahan atau



antara kawan-kawannya di wadi-wadi (lembahan) dan di pinggir-pinggir bukit-bukit nan



tandus.



Perkembangan Pelajaran  



Sebelum   beliau   keluar   negeri   dahulu,   beliau   telahpun   mempunyai   pengetahuan-



pengetahuan asas dalam pelajaran-pelajaran yang telah dipelajari ketika itu . Beliau telah



pun menguasai pengetahuan bahasa arab (Nahu dan Sarafnya) bagi mengikuti setiap segi


----------------------- Page 5-----------------------

jurusan pengetahuan  agama  di masa  itu.  Perkara-perkara  ini  adalah melayakkan  Tuk



Kenali untuk menerima dan mengikuti pelajaran-pelajarannya yang sedang berkembang



dewasa ini di Tanah Suci Makkah.  Tuk Kenali terpaksa belajar mendengar sahaja tanpa



kitab. Di samping itu juga beliau terpaksa membaca di kedai-kedai kitab dengan meminta



izin tuan-tuan kedai itu untuk membaca dan menatap kitab-kitab jualannya dalam tempoh



yang  agak  lama  dengan  cara yang  cermat  sekali.  Kitab-kitab Wakaf yang  ada  dalam



simpanan   di   Masjid   Al-Haram   juga   dipergunakan   untuk   memahami   kuliah-kuliah



gurunya  .  Selain itu, Tuk Kenali terpaksa pula meminjam kitab-kitab gurunya  sendiri.



Kerana kemiskinanlah  agaknya  , membawa Tuk Kenali mengharungi lautan  ilmu dan



kemajuan melebihi kawan-kawannya yang  lain.   Jelaslah bahawa Tuk Kenali banyak



sekali membaca dan menatap kkitab-kitab buah tangan ulamak dan para failasuf islam



yang telah dan sedang tersebar di dunia islam dewasa itu. Beliau juga mempunyai sifat



suka bertanya  dan mengkaji pelajarannya  sebelum pelajaran  itu  di  ajar  oleh  gurunya



dengan mengadakan perbandingan-perbandingan sendiri dan pergalaman sendiri. Banyak



membaca  dan  banyak  membuat   kajian   adalah  merupakan   faktor-faktor  besar   dalam



perkembangan  ilmu  seseorang pelajar  atau  siswa.   Antara  guru-guru  di  Masjid yang



namanya banyak disebut-sebut oleh Tuk Kenali ialah Tuan Guru Wan Ahmad atau nama



penuhnya Wan Ahmad bin Muhammad Zain yang terkenal  sebagai seorang pengarang



sesudah nama Syaikh Daud Patani. Kepada Guru inilah Tuk Kenali mendapat bimbingan



dan bantuan baik  dari  segi  ilmu pengetahuan mahupun penghidupan.  Disamping  itu,



terdapat   beberapa   orang   guru   dari   patani   dan   indonesia   yang   mungkin   mendapat



perhatian Tuk kenali disamping guru-gurunya yang terdiri daripada orang-orang Arab.



Lawatan Tok Kenali ke Mesir  



Dalam tahun  1904M, Tok Kenali telah melawat Mesir bersama Tuan Guru Wan Ahmad,



Encik Nik Mahmud (yang kemudiannya bergelar Datuk Perdana Menteri Paduka Raja



Kelantan)   dan  Hj.   Ismail  Patani.   Garis-garis  kasar   lawatan  ini  adalah  menunjukkan



bahawa lawatan beliau ke Mesir adalah berbentuk lawatan sambil belajar terutama kerana


----------------------- Page 6-----------------------

mengkaji  hal-hal   perkembangan  pelajaran   yang  berhubung   dengan Agama  Islam   di



Universiti Al-Azhar dan lain-lain tempat pengajian di sekitar kota Kahirah.



Pulang ke Tanah Air  



Pada tahun  1909M (1327 H) iaitu sesudah menjalani pengajian selama 22 tahun di tanah



suci mekah, maka Tuk kenali pun pulang ke tanah air iaitu ke Kelantan seterusnya pada



tahun  1911M (1329M) beliau mula membuka pondok Kenali, sebuah tempat pengajian



yang   kemudiannya  menjadi  pusat  pengajian   agama  di  semenanjung  ini.   Dua   tahun



kemudian , beliau menjadi guru di masjid Besar Al-Muhammadi, kota Bharu yang waktu



itu menjadi pusat pengetahuan  agama terbesar  di kelantan, malahan juga   dikenali  di



Semenanjung   sebagai   Serambi   Mekkah.     Murid-murid   dari   seluruh   kelantan   telah



membanjiri pondok-pondok yang terletak berderet-deret di sepanjang  jalan  di kawasan



masjid dan di kawasan Kubang Pasu. Selain itu, bukan sedikit murid-murid dan pelajar-



pelajar dari luar negeri datang yang menceduk pengetahuan agama daripada guru-guru



yang terkenal  .  Selain  daripada Tuk kenali, mereka belajar pada Tuan  Guru  Hj.  Nik



Abdullah, Tuan Guru Hj.Idris (yang kemudiannya berjawatan “Mufti kelantan) dan lain-



lain.     Memandang   hak-hak   kemasyarakatan   di   kampung   sendiri   perlu   pula   dititik



beratkan, maka Tuk kenali terpaksa pula menetap di kampungnya sendiri iaitu sesudah



lima tahun mengajar di Masjid Besar Al-Muhammadi. Dewasa itu pondok kenali kembali



bersemarak sehingga namanya termasyur ke serata ceruk rantau Semenanjung ini, malah



sampai ke Indonesia (terutama Sumatera) kemboja, Patani dan lain-lain. Jumlah pelajar-



pelajar yang menetap di asrama (Pondok) meningkat 400 orang suatu jumlah yang besar



dalam pertumbuhan pengajian Islam dikala itu.  Dalam menjalankan tugasnya, Tuk kenali



menetapkan beberapa buah kitab pelajaran  (teks)  dalam berbagai-bagai jurusan,  iautu



pengajian   Bahasa   dan  pengetahuan-pengetahuan  Agama   islam  dalam   berbagai-bagai



peringkat pelajaran. Beliau sendiri banyak mengambil peranan dalam mengembangkan



pengetahuan   Bahasa   Arab,   manakala   pelajaran-pelajaran   lain   diperkembangkannya



selaras  dengan  kehendak-kehendak  masyarakat  dewasa  itu.  Murid-murid beliau  yang


----------------------- Page 7-----------------------

telah matang dalam pengajiannya dilantiknya menjadi kepala telaah  (guru Kumpulan)



disamping itu, kitab-kitab agama dalam tulisan jawi diajarkan juga kepada pelajar-pelajar



dan  orang-orang kampung. Menerusi pengajian-penjagian kepada  orang-orang  dewasa



inilah lahirnya cerita-cerita tauladan yang kadang-kadang mengggelikan, sebagai suatu



cara untuk menarik perhatian murid-murid kepada pelajaran yang  sedang ditumpukan.



Suatu hal yang agak luar biasa bahawa dalam masa mengajar itu, Tuk kenali mengajar



tanpa    kitab,    di    hadapannya    tiada    kitab-kitab   pelajaran    sedangkan    muridnya



mempelajarinya  dengan  menggunakan   kitab.   Ililah  menunjukkan  bahawa   Tuk   kenali



adalah  seorang yang mempunyai daya ingatan yang kuat.   Kemasyuhuran Tuk kenali



telah menarik ramai pelajar Islam dari serata ceruk semenanjung. Antara mereka ini ada



yang telahpun mempunyai kematangan dalam pengetahuan Agama islam datang untuk



mengenal wajah dan mengikuti sebahagian pelajaran yang diajar oleh Tuk Kenali. Antara



mereka ada yang datang kira-kira seminggu, sebulan, tiga atau empat tahun seterusnya.



Ini   bergantung   kepada   keadaan   masing-masing,   sebab   di   antara   mereka   ada   yang



sudahpun bekerja sebagai guru agama. Qadi atau sebagainya. Untuk meminta Tuk Kenali



membaca kitab,  cukuplah  dengan meminta  izin beliau  di mana  si peminatnya  sendiri



yang akan disuruh membacanya di hadapan kumpulan pelajar-pelajar.  Sesudah itu Tuk



kenali memainkan peranan memberi kefahaman  dan mensyarahkan  isi kitab  itu, juga



memberi peluang-peluang bertanya.



Menghembus Nafas Terakhir  



Setelah kira-kira  65 tahun menyedut udara  dunia  ini, maka Tuk kenali pun  dipanggil



tuhan, kekasihnya iaitu pada Ahad  19 November  1933M, berikutan  suatu penyakit di



kakinya.      “Hari   wafatnya;   dilawati   oleh   tidak   kurang   daripada   2,500   orang   dan



disembahyang jenazahnya  lebih  daripada  1,000  orang  dan  disembahyang jenazahnya



lebih   seribu   orang   yang   khalis   liwajhillaahi   Ta’ala.   Tuk   Kenali   dikebumikan   di



perkuburan yang sekarang terkenal dengan nama Kubur Tuk Kenali’ kilometer 5 jalan



Pasir Puteh, Kota Bharu, tidak jauh dari istana negeri. Kuburnya selalu dizarahi oleh Duli


----------------------- Page 8-----------------------

yang maha Mulia Al-marhum Sultan Ibrahim (nenekanda kepada Duli Yang mulia Sultan



Ismail Putera Sekarang) apa lagi oleh ramai terutamnya bekas murid-murid beliau yang



ada berselerak di negeri ini, juga oleh pelawat-pelawat.



Jawatan-jawatan Tok Kenali



Tuk kenali ada di antara orang-orang yang memikul tugas dan jawatan terpenting dalam



perkembangan pengajian islam dan pertubuhan kebudayaan timur yang berteraskan islam



di   negeri   Kelantan   berdasarkan  jawatan-jawatan   yang   pernah   disandangnya   sebagai



berikut:



1. Bertugas sebagai ketua pelajaran Agama Islam Kelantan, juga sebagai Penolong Mufti.



2. Menjadi Anggota majlis Agama islam dan adat istiadat Melayu kelantan.



3. Menjadi Anggota majlis ulamak Islam kelantan (Anggota Dewan Ulamak)



4. Ketua pengarang kehormat bagi majalah pengasuh lidah rasmi majlis Agama islam



kelantan.



5. Guru Agama di masjid Besar Al-Muhammadi, kota Bharu.



Kegiatan-kegiatan dan Jasa Tok Kenali  



Selain   daripada  amengajar,  Tuk   Kenali  juga   bergiat  dalam   lapangan-lapangan  yang



berhubung dengan kemajuan agala dana kebudayaan islam. Datu Paduka menteri Paduka



Raja (Tuan haji mahmud bin ismail) dengan nasihat beliau telah dapat membentuk Majis



Agama Islam dan Adat istiadat melayu kelantan pada 24 Disember  1915M  (17  Safar



1334H).  Ini  adalah  satu jasa  yang  dapat  dilihat buktinya  sampai  sekarang.    Semasa


----------------------- Page 9-----------------------

hendak mengeluarkan majalah pengasuh 1918M iaitu warta majlis Agama islam dan Adat



Istiadat   Melayu   kelantan.   Tuk   kenali   telah   dipilih   untuk   menjadi   ketua   pengarang



kehormat   .   pada   mulanya   majalah   ini   dikeluarkan   berupa   lembaran   akhbar   yang



mempunyai   bidang   besar,   diterbitkan   setia   hari   Isnin,   senaskah   berharga   10  sen.



Penerbitan  majalah  ini juga   adalah  daripada  saranan  dan  dorongan-dorongan  beliau.



Selain   itu   beliau   telah   ditugaskan   oleh   pihak   majlis  Agama   Islam   kelantan   untuk



menterjemahkan  Tafsir Al-Khazin   yang   bertajuk   “Lubaab   at-Ta,wiil  fil  Ma’aani At-



Tanzil”  ke   dalam   bahasa   melayu.   Tugas   berat   ini   telah   dijalankan  oleh  beliau   dan



sebahagian daripada tafsir Al-khazin telahpun siap diterjemahkan. Sayangnya, naskah ini



tidak dapat dikesan sehingga sekarang.  Juga tidak dapat dilupakan bahawa majalah Al-



Hikmah (lahir  1 julai  1923M) di mana ketua Pengarang dan penerbitnya yang berbahagia



tuan hj. Ahmad bin Ismail (Datuk Lela negara) adalah kerap menerima nasihat-nasihat



dan   fikiran-fikiran   yang   berguna   daripada   Tuk   kenali.   Majalah   pengetahuan   ini



diterbitkan tiga kali  sebulan  . pejabat penerbitan  ini  selalu  didatangi  oleh Tuk kenali



danaa  merupakan  salah  satu  tempat beliau  membaca  surat-surat  khabar  dan  majalah



dewasa itu.  Tuk kenali adalah seorang pencinta ilmu pengetahuan. Hal ini ternyata sekali



dalam sejarah hidupnya . Beliau juga pernah menyimopan sebuah buku cetera Raja Muda



. salah sebuah buku sejarah kelantan yang penting. Buku ini kemudiannya telah diberikan



kepada pengaranag buku Hikayat Seri kelantan.



-   dalam   kegiatan   kemasyarakatan   pula   ,   beliau   telah   melancarkan   suatu   getakan



perhimpunan   umat   islam   yang   di   namakan   ‘Jam  ,iyyatul  Asriyyah]   ‘[Perhimpunan



semasa] yang kerap membicangkan perkara-perkara hangat dalam masyarakat [Politik] ,



pebincangan=perbincangan   ilmu   dan   perhimpunan   kerana   ibadat.   Sebagai   megekal



gerakan tersebut ,maka satu bangunan telah didirikan di tebgah-tengah ibu kota dengan



nama yang sama, terletak di Jalan Tengku Petra Semarak , Kota Bharu.


----------------------- Page 10-----------------------

Perkembangan Pengaruh  



Melihatkan jawatan-  jawatan pentig yang telah disandang oleh Tuk Kenali dalam masa



hayatnya,juga memandangkepada kegiatan dan jasa -jasa beliau yang cermelang dalam



perkambangan pengajian ugama dan kebudayaan islam di Negeri Kelantan khasnya dan



Alam Melayu amnya.  Maka sudah sewajanyalah pengaruh beliau segera berkembang ke



segenap pelusuk tanah air dalam masa yang singkat sekali. Perkembangan-perkembangan



ini adalah agak memuncak di penghujung pemerintahan  Sultan Muhammad IV (1900-



1920M)  dan  di  awal pemerintahan  sultan  Ismail  (1920-1944M)  .  kedua-dua baginda



sultan ini adalah di antara sultan-sultan yang banyak mencipta kemajuan negeri dalam



serba lapangan, lebih-lebih lagi di lapangan kemajuan agama islam. Ini adalah memberi



peluang yang besar kepada perkembangan pengaruh Tuk kenali yang sedang berkembang



ke seluruh tanah air, apa lagi melihat kedudukan Tuk Kenali yang sedang berkembang ke



seluruh tanah air, apa lagi mellihatkan eratnya perhubungan Tuk Kenali dengan anak tuan



gurunya dahulu iaitu dengan hj. Nik mahmud bin ismail (Datuk Perdana Menteri Paduka



Raja) yang juga memegang peranan terpenting dalam pentadbiran negeri kelantan dewasa



itu.  Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tersebarnya pengatahuan Bahasa Arab dan



pengetahuan-pengetahuan agama melalui pondok dan sekolah-sekolah pondok ke seluruh



Tanah melayu ini antara lain ialah daripada jasa  Tuk kenali yang menyusun kata-kata



Tassrif yang kemudiannya diperkanalkan oleh murid-murid nya terutama tuan guru hj.



Ali  Shalaahuddin  Pulau  Pisang  dan  syaikh uthman jalaluluddin,  seberang prai  dalam



buku Tatriful Arf- itu, syaikh Uthman menulis;



“Sesungguhnya hamba pungut akan dia daaripada beberapa mutiasa tasrif yang amat elok



bagi  guru hamba yang  alim  lagi yang  amat  ilmunya  lagi yang menghimpunkan bagi



beberapa fan ilmu yang bangsa kepada agama iaitu muhammad yusof yang masyhur akan



gelarannya di seluruh tanah melayu dengan Tuk kenali di negeri kelantan.


----------------------- Page 11-----------------------

Perkembangan Pondok Sekolah Agama dan Sekolah Melayu



Sistem  persekolahan   yang  diutaamakan  oleh  Tuk   kenali   dalam  masa  hayatnya  ialah



sistem   pondok,   Sistem   pondok   yang   menggunakan   bahan-bahan   pelajaran   yang



berdasarkan kitab dengan mengkelas-kelaskan kitab kepada pengajian peringkat rendah,



menengah atas dana tinggi yang dipelajari secara berkelompok (berhalqah) di masjid atau



madrasah (balaisah) . Manakala pelajar-pelajar yang tinggal di pondok-pondok (Asrama)



di bawah bimbingan Tuk kenali, telah melahirkan beberapa orang tokoh ulamak. Tuan-



tuan guru (tok guru_, pendakwah, pengarang yang terkenal yang datang dari beberapa



tempat di  seluruh tanah Melayu  ,  sumatera, kemboja dan lain-lain. Guru-guru pondok



lepasan  kenali   inilah  kemudiannya  tersebar   keseluruhan   rantau  ini  di  mana   mereka



menghidupkan pula sistem pondok. Adalah agak luar biasa, di samping menggalakkan



sistem pondok, Tuk kenali sebagai pencinta ilmu, tidaaklah menghalang wujudnya sistem



persekolahan. Tertubuhnya Agama islam dan adat istiadat melayu kelantan padaa tahun



1915M  yang   sudahpun  mempunyai   rancangana   mendidikan   sekolah-sekolah Agama



islam di kelantan , adalah juga dengan mendapat nasihat daripada Tuk kenali. Maka pada



5  Ogos  1917M ditubuhkan  sebuah  Sekolah Agama berbahasa pengantar melayu yang



menitik beratkan  Bahasa Arab,  dengan  nama  “Al-Madrasah Al-Muhammadiyyah  Al-



Kilantaniyyah”.   Sekolah  ini  juga   mengadakan   pelajaran   bahasa   inggeris   di   sebelah



petangnya.  Jadi, Tuk Kenali sebagai Ketua Pelajaran Agama Islam di Kelantan adalah



memainkan peranan  dalam pembukaan  dan perlaksaan  sekolah  ini.  Sekolah  ini  lebih



dikenal  dengan  nama   “  Sekolah Agama   Majlis”.    Kemudian  pada   tahun   1937  bila



lahirnya sekolah aliran bahasa arab di Majlis dengan nama “Majlis Al-Muhammadiyyah



Al-Arabiyyah”   barulah   Sekolah Agama   Majlis   tadi   bertukar   nama   dengan  “Sekolah



Melayu Majlis”, manakala sekolah yang baru tadi disebut “Sekolah Arab Majlis”. Akhir



sekolah  aliran  melayu   ini   diserapkan   secara  beransur-ansur  ke   dalam   Bahasa  Arab



sesudah dia dipindahkan ke bangunan Maahad Al-Muhammadi sekarang ( sebagai ekoran



daripada sekolah aliran arab tadi ) Keberkatan usaha beliau ini membawa Syaikh Uthman



Jalaludin Al-Kilatani membuka sekolah arab Manaabi’ Ai-’Uluum, Bukit mertajam pada



tahun  1934 (1353). Demikian juga Tuan Guru Hj. Ali Salaahudin membuka madrasah Al-


----------------------- Page 12-----------------------

Falaah di Pulau Pinang di mana kedua-dua madrasah ini lebih berbentuk pondok (sistem



pondok).   Di  samping itu beliau juga  adalah dianggap  sebagai pendorong pembukaan



sebahagian  sekolah-sekolah  Melayu   di  Kelantan  ini  seperti  Sekolah  Melayu   Kubang



Kerian   1920M,   Sekolah  Melayu   Mentuan,  dan  lain-lain.   Beliau   tidaklah  memusuhi



pembukaan sekolah-sekolah seperti ini selagi pelajaran yang diajar tidak menyelaweng



daripada ajaran islam yang suci.



Tok Kenali Melahirkan Angkatan Pengarang



Di  antara  murid-murid  Tuk  kenali  terdapat  suatu  golongan  atau  angkatan pengarang



buku-buku agama yang mempunyai kedudukan yang baik di kalangan masyarakat Islam



di dunia sebelah sini. Mereka ialah”



1.  Dr.  Syaikh   Muhammad   idris Al-Marbawi,   seorang  pujangga   Islam   yang   banyak



memberio   sumbangan   dalam   perkembangan   ajaran-ajaran   Isdlam   dengan   kamusnya



“Kamus Al- Marbawi” (Arab-Melayu) dan kitab-kitab karyanya yang banyak di lapangan



Agama Islam.



2.  Saahib Al-Fadhilah  Datuk  Hj.  Ahmad  mahir,  Mufti  Kerajaan   kelantan  yang juga



seorang pengarang.



3.  Syaikh  uthman  Jalaluddin Al-Kilantani,  seorang pengarang buku-buku  agama  dan



seorang guru.



4. Tuan guru Hj. Yaakub bin Ismail. Legor, Selatan Thailand.



5. Saahib Al-Fadhilah, Datuk Hj. Ismail bin Yusoff, Mufti Kerajaan kelantan.



6. Asy-Syaikh Muhammad Salih Tuk kenali, Makkah Al-Mukarramah Saudi Arabia.


----------------------- Page 13-----------------------

7. Yang Berbahagia Hj.  Ahmad bin Ismail (Datuk Lela Negara) pengarang majalah Al-



Hikmah***(1923M)   yang   banyak   mendidik   bakat-bakat   penulis   dan   pengarang-



pengarang sebelum perang.



8. Tuan guru Hj. Ali Salahuddin, seorang guru agama terkenal yang juga menjadi seorang



pengarang.



9.  Tuan   Guru  Hj. Abdullah  Tahir,  seorang  guru  agama  terkenal  yang juga   menjadi



seorang pengarang.



10. Tuan Guru Hj. Yaakub bin Hj. Ahmad , lorong Gajah mati, kota Bharu adalah seorang



guru agama dan seorang pengarang.



11. Yang berbahagia Datuk Hj.  Hassan Yunus Al-Azhari, Bekas Menteri Besar Johor  ,



ahli politikyang juga menjadi seorang pengarang.



Selain murid-murid beliau yang berbakat, terdapat pula cahaya-cahaya mata Tuk kenali



yang turut memperkembangkan pengajaran ayahndanya, mereka ialah



1. Al-Marhum  Hj.  Ahmad Tuk  Kenali,  guru  agama  di pondok kenali  dan  guru yang



mengajar pada beberapa buah surau dalam beberapa jajahan, daerah Negeri Kelantan.



2. Hj. Mahmud, wakil Syaikh haji , makkah.



3. Hj. Mohd Salleh Tuk Kenali, guru agama di kota suci Makkah dan seorang pengarang



buku-buku   dan   risalah-risalah   agama.   Beliau   mendirikan   persatuan   “Darul-Islah”



bertempat di Maulid nabi, Suatu persatuan astu perhimpunan kaum Muslimin dari Tanah



melayu, patani, kemboja, Indonesia dan lain-lain yang datang ke Tanah  Suci makkah



terutamanya   di   musim-musim   haji,   di   mana   Tuk   kenali   diperkenal   dan   jasanya



diperkenangkan.  Suatu persatuan lagi didirikan oleh beliau dengan nama “Darul-Quran



(Persatuan Al-quran) bertempat di Misfalah, Makkah.


----------------------- Page 14-----------------------

4.   Hj. Abdullah  Zawawi,   lulusan  kuliah  Syariah,   makkah.  Berkecimpung   di  bidang



pendidikan dan menjadi pengetua sekolah-sekolah menengah di Kerajaan Arab Saudi dan



Nigeria.



Peribadi dan Sifat-sifat Utama  



Tuk  kenali bukan   hanya  terkenal  sebagai  salah  seorang  ulamak besar   sahaja,  malah



terkenal  pula   sebagai  tokoh   yang   mempunyai  sifat-sifat  utama   yang   berguna  untuk



menjadi teladan kepada masyarakat islam. Antara sifat-sifat utama yang berguna untuk



menjadi teladan kepada masyarakatt islam. Antara si fat-sifat tersebut ialah:



a) Sangat menghormati dan memuliai ibu



b) Pemurah, suka menderma terutamanya kepada fakir miskin dan anak-anak.



C) Seorang yang sabar, tidak lekas marah.



D)   Suka  berjalan   kaki   sahaja  sebagai  suatu   langkah   latihan  melenyapkan   perasaan



sombong, bongkak dan megah.



E) mengamalkan hidup berdikari. Beliau membeli sendiri di pasar.



F)  suka membaca  dan menatap, baik buku-buku  atau majalah-majalah  di mana-mana



sahaja beliau berada.



G) Suka beriktikaf di masjid, manakala tidur kerap berbantalkan lengan.



H) pakaian beliau amat sederhana.



Sebenarnya Tuk kenali ialah seorang “wali” atau seorang sufi disebabkan berlaku perkara



luar  biasa   pada   dirinya  dan  tidak   inginkan  kemegahan  dan  kesenangan   hidup   yang


----------------------- Page 15-----------------------

berlebihan. Tambahan pula memandang makhluk-makhluk lain dengan pandangan yang



penuh bertimbang rasa dan kasihan belas.



Tok Kenali dan Hal-hal Kemasyarakatan  



Sewaktu melancarkan pengajaran-pengajarannya, Tuk kenali didapati agak gemar sekali



membincangkan hal-hal politik tanah air. Semasa hayatnya Tuk kenali tidak memisahkan



politik daripada bidang pelajaran, malah beliau tidak mengenal pemisahan antara. Agama



islam yang  difahami  dengan politik.  Ini  adalah merupakan  suatu  cara menyesuaikan



pengajarannya dengan masalah-masalah yang dihadapi masyarakat dengan alam keliling.



Kerana itu dalam pengajarannya beliau mengemukakan beberapa anjuran melalui cerita-



cerita tauladan yang berkesan antaranya: ikut bapamu, tetapi takutkan Tuhan kuasailah



pengetahuan   agama   dan  politik  ilmu   itu  apa  yang  terguris  dalam   hati  pengetahuan



manusia terbatas. Mengaku salah jika bersalah. Sunnah Tuhan sudahlah wajar biar mati



adat, jangan  mati syarak. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.  Bertanya pada



yang   tahu.   Penjahat   itu  mencukupi  dengan  kejahatannya.  Doa   adalah  senjata  orang



mukmin. (Cerpen-cerpen Tuk Kenali” oleh AQHAS - halaman 76), Terbitan baru dengan



tajuk cerpen-cerpen warisan Tuk Kenali).



Tok Kenali dan Puisi



Dalam masa menyampaikan pengajarannya, disamapaing mengutarakan  ayat-ayat  suci



Al-Quran dan hadis-hadis nabi Muhammad S.A.W , maka terhamburlah dari mulut beliau



beberapa rangkap syair dan kata-kata hikmat bak mutiara gugur dari untainya.  Di sini



dibentangkan sebuah syair yang pernah dikeluarkan oleh Tuk Kenali iaitu:


----------------------- Page 16-----------------------

Bahaya  Merokok:  Perokok  itu  terhina,  dungu, membazir  dan keji,  kerendahan bagi



penagihnya, pasti, Darinya menguap kentut yang busuk dan diluati. Kepulan asap dari



bibirnya mengasapi muka dana peribadi.



Antara kata-kata hikmatnya:



“orang yang mulia itu ialah orang yang memuliakan ibu” “mengkaji sendiri adalah punca



kemajuan dalam pembelajaran”,



Pengaruh Imam Al-Ghazali



Melihatkan   peribadi   dana   sikap   hidupnya,   nyatakan   bahawa   Tuk   kenali   adalah



terpengaruh  oleh  ajaran-ajaran Failasuf islam Iman  Ghazali,  seorang  alhi Tasauf yang



sampai   kepada   darjat   “hakikat”   mengenal   diri   dan   Tuhannya,   ingin   mencapai



kebahagiaan dan kesucian yang setinggi-tingginya dalam penghidupan yang singkat ini,



kemewahan hidup yang terhad dan sifat tidak membesar diri adalah nyata sekali dalam



penghidupannya. Unsur-unsur  ini  adalah  terkandung  dalam  adoa yang  dikumpul  dan



digubah oleh Iman Al-Ghazali dalam kitabnya “Ayyuhai Walad”



2.      Tok Bendang Daya