Rancangan Pembangunan Dan Pembinaan


Bagi menghadapi dunia yang penuh mencabar ini, maka para daie’ perlu mempersiapkan diri dengan kebolehan yang cekap dan berwibawa serta berilmu dan keimanan yang mantap. Untuk mencapai matlamat ini, jemaah ahli jawatan kuasa Madrasah Al-Ibtidaiah Ad-Diniah Al-Kamaliah sedang rancak merancang membina satu bangunan di atas tanah persendirian yang keluasannya lebih kurang satu (2) ekar yang diwaqafkan untuk membina madrasah yang selesa agar dapat digunakan sebagai pusat ibadah dan pengajian.
   
Antara pembinaan yang dirancangkan adalah seperti berikut:

 Fasa 1
  
Tapak - atas sebidang tanah seluas lebih kurang 1 ekar
  
1     x bangunan madrasah 2 tingkat (tempat pengajian) Anggaran kos RM 280,000.00:
                                         i.    ● Bangunan konkrit.
                                        ii.    ● Saiz  50’ x 60’
                                       iii.    ● Ruang berdinding  32’ x 40’
                                       iv.    ● Balkoni kiri dan kanan  8’
                                        v.    Balkoni depan  10’

  1. Sebuah rumah guru utama (Mudir) 1 tingkat 22’ x 40’  Anggaran kos RM 70,000.00. 
  2. Sebuah pejabat  1 tingkat 32’ X 20’ Anggaran kos RM 30,000.00
 Fasa 2

  1. 2 x rumah guru berkembar 1 tingkat 24’ x 32’   Anggaran kos  RM 90,000.00. 
  2. 1 blok asrama pelajar lelaki 3 tingkat 100’ X 24. Anggaran kos RM 400,000.00
 Fasa 3
  
  1. 1 blok asrama pelajar perempuan 3 tingkat 100’ X 24’ Anggaran kos RM 400,000.00
  2. 1 blok bangunan tempat belajar perempuan 2 tingkat 24’ X 100’ Anggaran kos RM 300,000.00
  3. 3 blok rumah teres warga emas perempuan 1 tingkat 24’ X 100’ Anggaran kos RM 300,000.00
  
(Kos keseluruhan dianggar berjumlah lebih kurang (RM 1,470,000.000)

 Dengan itu, pihak AJK amat mengalu-alukan sumbangan, derma atau waqaf, serta doa daripada seluruh muslimin dan muslimat bagi menjayakan usaha murni tersebut.

Semoga segala usaha dan sumbangan daripada kita semua akan dikira amal jariah serta diberkati oleh Allah swt.

Maksud hadith Rsulullah saw:
“Apabila matinya anak Adam, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara : (i) sedekah jariah, (ii) ilmu yang bermanfaat, dan (iii) anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.

Manakala bagi perancangan jangka panjang, pihak Ahli Jawatankuasa Madrasah akan mempastikan kurikulum pengajian Madrasah benar-benar berdasarkan kepada pendidikan agama yang berpandukan Al-Quran dan Hadith serta kitab-kitab pondok yang muktabar.

Ahli Jawatankuasa juga akan mempastikan segala aktiviti Madrasah tidak cenderung kepada mana-mana fahaman politik yang bercanggah dengan Islam dan juga mana-mana ajaran yang menyimpang dari ajaran Islam. Oleh kerana itu, pihak jawatankuasa akan sentiasa meminta pandangan dan tunjuk ajar serta bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Perak pada perkara-perkara yang difikirkan perlu.

Justeru itu, pihak Ahli Jawatankuasa berusaha untuk mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak.

Disamping itu juga Ahli Jawatankuasa Madrasah akan berusaha mengutip dana pembiaan Madrasah daripada muslimin dan muslimat.