TAKRIF
Fasal pada menyatakan haid. Bermula arti haid pada bahasa: mengalir dan arti haid pada syara’: darah tabi’e yang keluar daripada penghujung
rahim perempuan pada ketika sihat tubuhnya didalam waktu-waktu yang tertentu
.
UMUR TERBOLEH KELUAR HAID
Sekurang-kurang tahun haid
itu sempurna sembilan tahun Qamariah dengan
takrib, tidak dengan tahdid.
Maka jikalau seorang
perempuan melihat darah sebelum daripada sembilan tahun kadar yang tiada
memuatkan sekali haid dan sekali suci iaitu lima belas hari atau kurang maka
darah yang dilihatnya itu haid jua. Bersalahan jikalau kurangnya daripada
sembilan tahun itu kadar yang memuatkan sekali haid dan sekali suci iaitu lima
belas hari atau lebih. Maka darah yang dilihatnya itu darah rosak, bukan darah
haid.